Topik diikuti
Pergi ke BHkuMindef buat perwakilan rasmi ke HK bagi dapatkan semula kenderaan

Dec 24, 2016 | 5:30 AM
Mindef buat perwakilan rasmi ke HK bagi dapatkan semula kenderaan
KEMENTERIAN Pertahanan (Mindef) menyatakan semalam bahawa ia membuat perwakilan rasmi ke Hongkong tiga minggu lalu, berhubung rampasan sembilan kenderaan pengangkut infantri.
"Sepanjang tiga minggu lalu, pemerintah Singapura telah memberitahu kedudukan rasmi mereka kepada pemerintah Wilayah Pentadbiran Khas (SAR) Hongkong mengenai penahanan Kenderaan Pengangkut Infantri Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) dan peralatan yang berkaitan oleh Jabatan Kastam dan Eksais Hongkong," kata Mindef.