KEMENTERIAN Tenaga Manusia (MOM) pada Khamis malam (5 Nov) telah mengeluarkan kenyataan tentang hasil semakan aduan mengenai kes pengerahan tugas dilarang melibatkan Cik Parti Liyani.
MOM berkata, pihaknya telah menyiasat aduan terhadap bekas majikan Cik Parti itu pada 2017-2018.
Di akhir siasatan tersebut, MOM telah mendapatkan nasihat Pejabat Peguam Negara (AGC).
Dengan persetujuan AGC, MOM mengeluarkan satu Amaran terhadap Encik Liew Mun Leong dan Notis Nasihat kepada Encik Karl Liew.
MOM kemudian memulakan satu semakan terhadap kes tersebut dan menjalankan siasatan lanjut selepas hasil dapatan Mahkamah Tinggi.
Menurut MOM, pihaknya telah menamatkan semakan dan telah mendapatkan nasihat AGC mengenai saranan kementerian itu.
AGC telah mengesahkan tindakan awal MOM itu yang melibatkan pengerahan tugas dilarang di pejabat dan rumah Kark Liew.
Ia telah mengarahkan tiada tindakan lanjut diambil terhadap pihak-pihak terlibat dalam kes tersebut.


Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg