Premium
Kes penipuan termasuk secara 'online' bertambah
Kes cabul kehormatan juga meningkat
Aug 24, 2018 | 5:30 AM
RUMIT DAN MENCABAR: Kes penipuan berkaitan perniagaan dalam talian begitu mencabar untuk diatasi kerana penjenayah merupakan sindiket penipuan asing yang boleh menggunakan Internet untuk berlindung, ujar polis. - Foto fail -
KES penipuan berkaitan perniagaan dalam talian, pinjaman wang serta penyamaran "pegawai Cina" membentuk sebahagian besar kes-kes jenayah di sini - sekali gus menyumbang kepada peningkatan 3.2 peratus bagi keseluruhan kes yang dilaporkan dalam enam bulan pertama tahun ini.
Jumlah penipuan e-dagang menerusi aplikasi jual-beli barang dalam talian Carousell melonjak 136 peratus pada separuh pertama tahun ini, menurut kenyataan polis mengenai perangkaan jenayah pertengahan tahun yang dikeluarkan semalam.

