Kes pertama kemungkinan jangkitan semula Covid-19 di dormitori S'pura

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Kes pertama kemungkinan jangkitan semula Covid-19 di dormitori S'pura

Feb 7, 2021 | 7:25 AM

Kes pertama kemungkinan jangkitan semula Covid-19 di dormitori S'pura

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
Kes terkini melibatkan pekerja warga Bangladesh dikenal pasti menerusi ujian pemantauan yang dijadualkan sebagai sebahagian usaha pemantauan MOH terhadap pekerja yang pulih untuk memantau imuniti mereka pasca jangkitan.
Kes terkini melibatkan pekerja warga Bangladesh dikenal pasti menerusi ujian pemantauan yang dijadualkan sebagai sebahagian usaha pemantauan MOH terhadap pekerja yang pulih untuk memantau imuniti mereka pasca jangkitan. - ST FILE

Kementerian Kesihatan (MOH), bersama satu panel pakar, telah mengesan kes pertama kemungkinan jangkitan semula Covid-19 di Singapura.

MOH berkata warga Bangladesh berusia 28 tahun itu memegang permit kerja dan menetap di sebuah dormitori di 43 Tech Park Crescent.

Beliau disahkan mengalami jangkitan Covid-19 pada 12 April lalu dan kemudian pulih serta secara konsisten diuji negatif mulai Jun.

Namun pada 25 Januari, keputusan ujiannya positif Covid-19 dan beliau diasingkan. Beberapa ujian berulang dijalankan selepas itu turut menunjukkan keputusan yang positif.

Beliau dikenal pasti menerusi ujian pemantauan yang dijadualkan sebagai sebahagian usaha pemantauan MOH terhadap pekerja yang pulih untuk memantau imuniti mereka pasca jangkitan.

Pekerja itu juga melaporkan tidak sihat pada 22 dan 23 Januari, namun selain itu, beliau adalah asimptomatik.

MOH berkata sementara jangkitan semula jarang berlaku, panel pakar yang terdiri daripada pakar penyakit berjangkit dan pakar mikro biologi dari Pusat Penyakit Berjangkit Nasional, Hospital Besar Singapura dan Makmal Kesihatan Awam Nasional, meneliti bukti makmal dan klinikal dan mencadangkan bahawa kes itu adalah kemungkinan satu jangkitan semula.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg