Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Kes positif Covid-19: Pusat Borong Pasir Panjang ditutup

Sep 27, 2021 | 5:30 AM
1fcfdabf-5694-4f7f-89ad-201eb645eda6
-

PUSAT Borong Pasir Panjang (PPWC) akan ditutup mulai hari ini hingga Rabu untuk kerja-kerja pembersihan dan nyah jangkitan selepas kes positif Covid-19 dikesan dalam kalangan pekerja dan pengunjung, kata Agensi Makanan Singapura (SFA) dalam kenyataannya semalam.

Sekitar 30 hingga 50 peratus import buah dan sayur diuruskan di PPWC dan gangguan bekalan ini hanya buat sementara kerana gerai buah dan sayur di pasar basah lazimnya tutup setiap Isnin. SFA sedang bekerja rapat bersama pihak berkepentingan, seperti persatuan buah-buahan dan sayur-sayuran, peniaga yang terjejas, serta pengimport dan peruncit, untuk mengurangkan kesan terhadap bekalan makanan kita sementara penutupan PPWC. Pasar raya utama juga berusaha untuk meningkatkan bekalan buah-buahan dan sayur-sayuran.

SFA akan menguatkuasakan langkah-langkah pengurusan selamat (SMM) di PPWC apabila ia dibuka semula Khamis ini.

"Kami juga meningkatkan kekerapan ujian untuk pekerja di PPWC, dari ujian setiap 14 hari kini ditukar ke tujuh hari. Ujian ketika ketibaan pelawat perdagangan akan berterusan. Semua penyewa dan pekerja juga akan diuji sebelum mereka kembali ke PPWC," kata SFA.

Dalam satu catatan Facebook, Menteri Kemampanan dan Sekitaran, Cik Grace Fu berkata bekalan makanan mencukupi untuk semua.

"Saya menyeru kepada masyarakat supaya tidak terburu-buru membeli buah dan sayur pada tempoh ini dan membeli hanya yang diperlukan. Teruskan untuk jaga kebersihan dan keselamatan diri," ujar beliau.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg