Kes rampasan dadah: Bot nelayan kibar bendera S'pura untuk tipu pihak berkuasa
Premium
Kes rampasan dadah: Bot nelayan kibar bendera S'pura untuk tipu pihak berkuasa
Feb 13, 2018 | 5:30 AM

DIRAMPAS: Pegawai Indonesia menunjukkan lebih satu tan dadah methamphetamine yang dirampas daripada bot nelayan 'Sunrise Glory' dekat Batam. - Foto AFP -
SEBUAH bot nelayan yang ditangkap cuba menyeludup satu tan dadah meth kristal (singkatan nama saintifik Methamphetamine), mengibarkan bendera Singapura kononnya untuk cuba menipu pihak berkuasa, demikian menurut Biro Narkotik Pusat (CNB) semalam.
Angkatan laut Indonesia telah menahan bot nelayan itu dekat Batam Rabu lalu dan menemui dadah yang disembunyikan dalam 41 guni beras.

