Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Kes Robertson Quay: Enam lelaki, seorang wanita tampil di mahkamah

Jun 2, 2020 | 2:00 PM
TAMPIL DI MAHKAMAH: Ikut putaran jam dari kiri atas; Perry Scott Blair, Michael Czerny, Joseph William Poynter, Neil Gordon Buchan dan James Titus Beatt.
TAMPIL DI MAHKAMAH: Ikut putaran jam dari kiri atas; Perry Scott Blair, Michael Czerny, Joseph William Poynter, Neil Gordon Buchan dan James Titus Beatt. - Foto BH oleh WONG KWAI CHOW

ENAM lelaki dan seorang wanita, yang didakwa berkumpul di kawasan Robertson Quay di tengah-tengah penularan wabak Covid-19, tampil di mahkamah daerah hari ini.

Mereka dituduh melanggar arahan pemutus rantaian jangkitan dan didakwa melakukan kesalahan di bawah Peraturan Covid-19 (Tindakan Sementara) (Perintah Kawalan).

Enam lelaki itu ialah: Neil Gordon Buchan, Perry Scott Blair, Jeffrey George Brown, Michael Czerny, James Titus Beatt dan Joseph William Poynter.

Wanita tunggal ialah Bao Nguyen Brown.

Bulan lalu, gambar orang ramai berkumpul di sepanjang Robertson Quay tular di media sosial, menunjukkan sekumpulan orang mengingkari arahan dan tidak mengendahkan jarak selamat 1 meter antara satu sama lain di kawasan makan tepi sungai itu.

Sebilangan besar mereka yang dirakam dilihat tidak memakai pelitup, sementara beberapa orang lagi dilihat menurunkan pelitup ketika mereka berbual antara satu sama lain.

Pada 17 Mei lalu, Penguasa Pembangunan Semula Bandar (URA) mengeluarkan arahan kepada beberapa restoran di Robertson Quay, segera melarang mereka menjual alkohol untuk dibawa pulang, kerana penjualan untuk 'bawa pulang' telah menyumbang kepada lebih ramai orang berkumpul di daerah tersebut.

Langkah-langkah pemutus litar ditamatkan semalam. - The Straits Times.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg