Kes sampah membawa maut: Suspek dikenakan tuduhan lebih serius

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Kes sampah membawa maut: Suspek dikenakan tuduhan lebih serius

Sep 21, 2019 | 8:33 PM

Kes sampah membawa maut: Suspek dikenakan tuduhan lebih serius

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
Allahyarham Encik Nasiari (kanan) meninggal dunia akibat botol gelas yang dibuang oleh Andrew Gosling (kiri) dari tingkat tujuh di kondomonium Spottiswoode Park Road. - Foto fail.
Allahyarham Encik Nasiari (kanan) meninggal dunia akibat botol gelas yang dibuang oleh Andrew Gosling (kiri) dari tingkat tujuh di kondomonium Spottiswoode Park Road. - Foto fail. -

TUDUHAN ke atas warga Australia yang dipersalahkan dalam insiden buang sampah dari tingkat tinggi yang membunuh lelaki berusia 73 tahun telah ditukar kepada tuduhan lebih serius iaitu menggunakan alat untuk menyebabkan kecederaan teruk dengan sengaja.

Andrew Gosling, 47 tahun, yang menghadap mahkamah semalam, dituduh membuang botol wain kaca dari tingkat tujuh sebuah kondominium di Spottiswoode Park Road ke arah kawasan barbeku di tingkat lima, dengan 'pengetahuan ia berkemungkinan' menyebabkan kecederaan teruk.

Gosling, bulan lalu, dituduh menyebabkan kematian melalui perbuatan cuai, yang diiringi hukuman jauh lebih ringan - penjara sehingga lima tahun dan denda. Kini, dia boleh boleh dipenjarakan sehingga 15 tahun serta didenda atau dirotan.

Gosling dituduh melakukan kesalahan itu di kondominium Spottiswoode 18 sekitar 8.30 malam pda 18 Ogos. Botol itu dikatakan mengena kepada Encik Nasiari Sunee, yang bertugas sebagai pemandu penghantaran, sejurus sebelum dia makan ketika sedang menghadiri keramaian bersama keluarga.

Anak sulungnya, Cik Nas Suriati Nasiari, memberitahu The Straits Times dalam satu wawancara bahawa setelah bapanya dibawa ke Hospital Besar Singapura untuk mendapat rawatan, tekanan darah Encik Nasiari menjunam pada pagi keesokannya dan beliau meninggal dunia sekitar 9 pagi.

Gosling, yang bertugas dalam bidang teknologi maklumat (IT) diwakili peguam Cik Gloria James-Civetta. Beliau tidak ditawarkan ikat jamin dan kesnya akan didengar lagi pada 18 Oktober.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg