Topik diikuti
Pergi ke BHkuKes bicara serangan berbaur perkauman ditutup selepas tertuduh meninggal
Kes bicara serangan berbaur perkauman ditutup selepas tertuduh meninggal
Kes bicara serangan berbaur perkauman ditutup selepas tertuduh meninggal
TUDUHAN ke atas seorang lelaki yang didakwa melakukan kesalahan berbaur perkauman iaitu dengan menggunakan kata-kata kesat ke atas tujuh orang termasuk menyerang mereka di Taman East Coast tahun lalu telah dibubarkan pada 23 Mei kerana beliau meninggal dunia.
Ini bererti perbicaraan Mohamad Aris Anwar Ali bagi tiga kesalahannya tidak akan diteruskan.
Dalam satu kenyataan kepada akhbar The Straits Times pada Khamis (2 Jun), polis berkata bahawa pegawai mereka telah diberitahu mengenai kes kematian di luar kebiasaan di Blok 38 Bedok South Road sekitar 7.20 malam pada 5 Mei.
Mereka menambah lelaki 34 tahun itu ditemui tidak sedarkan diri di salah sebuah flat di situ. Paramedik mengesahkan dia sudah meninggal dunia di lokasi itu.
Jurucakap polis berkata mereka tidak mengesyaki sebarang perbuatan khianat dengan siasatan masih dijalankan. Polis juga tidak menjelaskan lebih lanjut mengenai bagaimana dia meninggal.
Aris dituduh atas satu kesalahan menyerang seorang lelaki dalam satu kejadian berbaur perkauman manakala dua lagi kesalahan adalah bagi melontarkan kata-kata kesat dengan sengaja yang juga berbaur perkauman.
Dia berada di Taman East Coast sekitar 1 pagi pada 2 Julai tahun lalu apabila dia dikatakan menyerang empat orang dengan kata-kata kesat itu.
Warga Singapura itu dikatakan telah melakukan perbuatan serupa terhadap tiga individu lain di taman itu 40 minit selepas itu.
Dia juga dituduh menumbuk dan menendang mahasiswa, Encik Keane Teo, yang ketika itu berusia 21 tahun, pada 1.50 pagi hari yang sama. Enck Teo mengalami lebam pada muka dan perutnya.
Beliau dirawat di Hospital Besar Singapura (SGH).
.
