SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

Kes tipu Fahrorazi ditangguh sehingga 30 Okt

Kes tipu Fahrorazi ditangguh sehingga 30 Okt

Oct 6, 2018 | 5:30 AM

Kes tipu Fahrorazi ditangguh sehingga 30 Okt

-

KES penipuan yang membabitkan pendakwah setempat, Fahrorazi Sohoi, telah ditangguhkan sehingga 30 Oktober nanti.

Kes berhubung skim 'Haji VIP' telah didengar di mahkamah semalam selepas ia kali terakhir didengar pada 24 Ogos lalu.

Ikat jamin $10,000 yang dikenakan ke atas tertuduh juga telah dilanjutkan, menurut peguam bela, Encik Mohamed Niroze Idroos, daripada firma I.R.B. Law LLP yang mewakili Fahrorazi.

Akhbar Berita Harian difahamkan bahawa penangguhan perbicaraan kes itu telah diminta pihak pendakwa yang juga masih belum dapat memuktamadkan tuduhan.

Ogos lalu, Fahrorazi, 47 tahun, telah dihadapkan ke mahkamah atas satu tuduhan menipu.

Dia didakwa memperdaya individu bernama Encik Mohammad Farehan Mohammad Hussein hingga beliau percaya tertuduh boleh menunaikan 'Haji VIP' atas undangan Kedutaan Arab Saudi.

Polis sebelum ini menyatakan pihaknya telah merampas wang tunai sejumlah $196,950 serta beberapa pasport Singapura daripada tertuduh.

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg