Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Kes tunggal Covid-19 baru di dormitori dikesan melalui pemantauan proaktif: MOH

Dec 3, 2020 | 10:55 PM
Kes tunggal Covid-19 baru di dormitori pada Khamis (3 Dis) dikesan menerusi pemantauan proaktif.
Kes tunggal Covid-19 baru di dormitori pada Khamis (3 Dis) dikesan menerusi pemantauan proaktif. - Foto Fail ST

KEMENTERIAN Kesihatan (MOH) berkata kes tunggal Covid-19 baru di dormitori pada Khamis (3 Dis) dikesan menerusi pemantauan proaktif.

Beliau tidak menunjukkan sebarang simptom. Semua kontak dekatnya di dormitori dan di tempat kerja telahpun diasingkan dan dikuarantin, kata kenyataan MOH. Dalam kalangan lapan kes import pula, satu merupakan warga Singapura dan dua penduduk tetap (PR) yang pulang dari Amerika Syarikat. Lagi dua pula pemegang pas kerja yang bekerja di Singapura. Mereka tiba dari Nepal. Baki yang lain termasuk pemegang pas tanggungan dari Perancis dan dua pemegang pas jangka pendek yang masing-masing tiba dari Indonesia untuk melawat anggota keluarga warga Singapura dan tunangnya. Mereka sudahpun diberi Notis Jangan Keluar Rumah (SHN) dan dikesan positif semasa menjalani SHN. Sementara itu, satu lagi kes telah dibenar keluar hospital menjadikan 58,145 pesakit telah pulih sepenuhnya daripada jangkitan Covid-19. Namun 26 pesakit masih di hospital tetapi mereka kebanyakan stabil dan kian pulih. Tiada kes dalam unit jagaan rapi (ICU).

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg