Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Kesalahan bagi sesiapa di S'pura pergi ke Ukraine untuk angkat senjata: MHA

Mar 10, 2022 | 6:32 PM
Bandar Kharkiv di Ukraine terjejas teruk oleh pengeboman yang dilakukan tentera Russia.
Bandar Kharkiv di Ukraine terjejas teruk oleh pengeboman yang dilakukan tentera Russia. - Reuters

MENJADI satu kesalahan bagi sesiapa di Singapura pergi atau cuba pergi ke Ukraine untuk melibatkan diri dalam konflik di sana, kata Kementerian Ehwal Dalam Negeri (MHA) pada Khamis (10 Mac). Kementerian itu berkata pihaknya sedar bahawa Kedutaan Ukraine di sini telah menerima panggilan daripada orang ramai yang menyatakan minat menyertai Legion Antarabangsa bagi Pertahanan Wilayah Ukraine. Singapura mengambil pendirian jelas mengenai pencerobohan Russia ke atas Ukraine dan mengutuk sekeras-kerasnya pencerobohan itu, kata kementerian tersebut dalam satu kenyataan.

Ia menambah bahawa pemerintah Singapura telah menyeru Russia agar menghentikan permusuhan, dan menghormati kedaulatan, kemerdekaan dan kewibawaan wilayah Ukraine. "Kami ingin menekankan bahawa menjadi satu kesalahan bagi mana-mana orang, semasa di Singapura, untuk melancarkan, cuba melancarkan, atau bersubahat melancarkan perang, terhadap pemerintah mana-mana kuasa yang Singapura tidak berperang dengannya," kata kementerian itu.

"Bagi warga Singapura, khususnya, walaupun mereka melakukan perbuatan ini semasa berada di luar Singapura, mereka akan dianggap dari segi undang-undang telah melakukannya seolah-olah di Singapura, dan oleh itu bertanggungjawab atas kesalahan." Di bawah undang-undang, mereka yang cuba berbuat demikian boleh dipenjara seumur hidup, atau hingga 15 tahun. Mereka juga boleh didenda.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg