Premium
Kesan hubungan mentua kepada pasangan muda
Sekitar separuh daripada perceraian di Singapura pada 2014, termasuk kes perceraian Muslim, melibatkan pasangan berumah tangga kurang 10 tahun. Perangkaan Perkahwinan dan Perceraian 2014 yang dikeluarkan tahun lalu menyebut empat sebab utama bagi perceraian Muslim di Singapura - kecurangan, masalah kewangan, ditinggalkan pasangan dan penderaan. Namun, pakar isu keluarga berkata banyak lagi faktor yang boleh menjejas keharmonian mahligai dibina khususnya bagi pasangan muda. Ikuti laporan NUR ADILAH MAHBOB (adilaham@sph.com.sg).
Feb 14, 2016 | 5:30 AM

KUPAS ISU MENTUA-MENANTU: (Dari kiri) Ustaz Firdaus dan Ustaz Syed Mustafa menganjurkan seminar mengupas topik mentua dan menantu yang turut mengundang selebriti Fauzie Laily dan Nurul Aini bagi mengongsi pengalaman mereka di Institut Pembelajaran Sepanjang Hayat dekat Paya Lebar baru-baru ini. - Foto NUR ADILAH MAHBOB -