Kesatuan pegawai kelautan sumbang $1.2 juta untuk latihan kadet
Premium
Kesatuan pegawai kelautan sumbang $1.2 juta untuk latihan kadet
Feb 3, 2017 | 5:30 AM

-
SEBUAH kesatuan sekerja yang mengambil berat tentang kepentingan pegawai kelautan akan menyumbang sebanyak $1.2 juta sepanjang dua tahun untuk menggalak syarikat perkapalan setempat memberi peluang latihan kepada kadet kelautan.
Syarikat kelautan itu akan menerima $5,000 daripada Kesatuan Pegawai Kelautan Singapura (SMOU) bagi setiap kadet warga Singapura yang ia ambil di bawah program Anugerah Latihan Kelautan Tiga Pihak dan Anugerah Latihan Kejuruteraan Tiga Pihak.

