Topik diikuti
Pergi ke BHkuKesesakan dijangka di pusat pemeriksaan Woodlands dan Tuas pada hujung minggu Raya
Kesesakan dijangka di pusat pemeriksaan Woodlands dan Tuas pada hujung minggu Raya
PENGUASA Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) memberi amaran kepada orang ramai untuk menjangkakan masa perjalanan yang lebih lama di pusat pemeriksaan Woodlands dan Tuas semasa hujung minggu Hari Raya nanti.
Hari cuti tersebut jatuh pada 15 Jun, Jumaat tahun ini.
Keadaan lalu lintas dijangkakan sesak, terutama sekali dari 14 hingga 18 Jun.
ICA berkata bahawa keselamatan di pusat pemeriksaan merupakan keutamaan dalam usaha menghalang sebarang ancaman terhadap Singapura.
"Dengan pemeriksaan keselamatan, kesesakan memang tidak dapat dielakkan, terutama sekali apabila ramai menggunakan pusat pemeriksaan itu pada masa yang sama. Orang ramai dinasihatikan untuk menyesuaikan rancangan perjalanan mereka jika perlu," tambah ICA.
Ia juga mengingatkan orang ramai untuk tidak membawa masuk barang-barang seperti mercun dan singgam.
Mereka yang membawa masuk barang-barang yang dikawal seperti produk daging dan tanaman dalam pasu perlu membuat pengisytiharan secara proaktif kepada pegawai ICA sebelum pemeriksaan dijalankan.
Mereka juga harus melakukan pemeriksaan untuk memastikan bahawa mereka menggunakan pasport sendiri dengan kesahan selama enam bulan atau lebih.
Sebelum memulakan perjalanan mereka, pemandu dinasihatkan supaya memeriksa keadaan lalu lintas di pusat pemeriksaan melalui laman web One Motoring atau melalui Sistem Pemantauan & Makluman Ekspreswe yang dipasang di sepanjang BKE dan AYE masing-masing.