Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Kesesakan trafik dijangka di pusat pemeriksaan jelang Deepavali: ICA

Nov 6, 2023 | 4:29 PM
KESESAKAN TRAFIK: Pusat pemeriksaan Tuas dan Woodlands dijangka sesak semasa cuti panjang Deepavali.
KESESAKAN TRAFIK: Pusat pemeriksaan Tuas dan Woodlands dijangka sesak semasa cuti panjang Deepavali. - Foto ST

Sempena cuti panjang Deepavali dan cuti sekolah akhir tahun yang telah bermula untuk segelintir pelajar, kesesakan lalu lintas dijangka berlaku di kededua pusat pemeriksaan Woodlands dan Tuas menjelang Khamis hingga Selasa.

Semasa hujung minggu sempena Hari Kanak-Kanak pada 6 Oktober hingga 8 Oktober 2023, lebih 1.27 juta orang menggunakan kededua pusat pemeriksaan itu, kata Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) dalam satu kenyataan pada Isnin.

Dalam tempoh itu, ICA berkata ia menyaksikan jumlah pengguna tertinggi yang melepasi pusat pemeriksaan darat tersebut sejak sempadan antara Singapura dengan Malaysia dibuka semula pada 2022.

Menurut ICA, lebih 460,000 lintasan dibuat pada 6 Oktober 2023, lebih separuh (260,000) merupakan pelancong yang meninggalkan Singapura.

Dengan perkembangan yang berlaku di Timur Tengah, ICA telah meningkatkan langkah keselamatan di pusat-pusat pemeriksaan.

Orang ramai dinasihatkan menambah tempoh masa untuk menunggu dan melalui imigresen.

ICA turut menggesa pemandu supaya mematuhi peraturan jalan raya, menjaga disiplin lorong dan bekerjasama dengan pegawai di lokasi.

Sebelum memulakan perjalanan, pemandu juga dinasihatkan supaya memantau keadaan trafik menerusi laman web One Motoring oleh Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) atau Sistem Pengawasan dan Maklumat Ekspreswe yang terletak di BKE dan AYE.

Pemandu juga boleh mendapatkan maklumat keadaan trafik terkini yang disiarkan di akaun Facebook dan Twitter ICA, serta stesen radio tempatan Money 89.3, One 91.3, Kiss92, Hao 96.3, dan UFM 100.3.

“Pemandu juga diingatkan supaya mengelak daripada memotong jalan kerana ia boleh menyebabkan kesesakan teruk dan menjejas keselamatan pemandu lain,” kata ICA, yang turut bekerjasama dengan polis trafik untuk memastikan disiplin jalan raya di simpang kritikal yang menuju ke pusat pemeriksaan.

“Individu harus memastikan pasport mereka mempunyai baki tempoh sekurang-kurangnya enam bulan. Penduduk tetap Singapura yang telah memperbaharui pasport mereka harus memindahkan Permit Masuk Semula mereka ke pasport baharu.

Pemegang Pas Jangka Panjang perlu memaklumkan ICA atau Kementerian Tenaga Manusia (MOM) tentang sebarang perubahan dalam butiran pasport mereka sebelum masuk ke Singapura.”

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg