Kesihatan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Barah buah dada sukar diselamat jika dikesan lewat

Aug 5, 2024 | 5:30 AM
Dr Radhika Lakshmanan, Perunding Buah Dada dan Pakar Bedah Am, Hospital Farrer Park/Hospital Mount Elizabeth Novena.
Dr Radhika Lakshmanan, Perunding Buah Dada dan Pakar Bedah Am, Hospital Farrer Park/Hospital Mount Elizabeth Novena. - Foto ihsan DR RADHIKA LAKSHMANAN

Barah buah dada adalah barah buah dada yang paling biasa dihidapi dalam kalangan wanita di Singapura dan di seluruh dunia.

Sejak beberapa dekad lalu, pegesanan awal dan kemajuan dalam rawatan telah menunjukkan kadar kelangsungan hidup secara keseluruhan bertambah baik.

Begitu juga dengan kelangsungan hidup tanpa barah berulang.

Namun, terdapat insiden tertinggi di Singapura dalam kalangan negara Asia.

Kira-kira 2,500 wanita didiagnosis mengalami barah buah dada setiap tahun.

Pengesanan awal dan masyarakat Melayu

Pengesanan awal barah memainkan peranan penting.

Ia merujuk kepada pengesanan barah pada peringkat lebih awal tatkala ia hampir tidak dapat dirasai sama ada oleh wanita itu sendiri atau doktor.

Saringan barah buah dada telah membolehkan pengesanan awal ini dan ia telah dimulakan di Singapura pada 2002.

Kadar penyertaan ujian saringan telah meningkat secara berterusan selama bertahun-tahun melalui kempen kesedaran dan media sosial.

Kajian tempatan menunjukkan bahawa penyertaan dalam ujian saringan mamografi adalah yang paling rendah dalam kalangan orang Melayu iaitu 28.9 peratus berbanding Cina dan India masing-masing pada 40.1 peratus dan 41.0 peratus.

Perbezaan etnik ini agak membimbangkan dan telah berterusan selama bertahun-tahun.

Adalah lebih menyedihkan dengan kadar kematian yang lebih tinggi dalam populasi Melayu pada 19.1 kematian bagi setiap 100,000 penduduk berbanding kurang daripada 15.0 dalam dua kumpulan etnik yang lain antara 2013 dengan 2017.

Ini penting kerana ia menunjukkan bahawa barah buah dada yang dikesan melalui saringan mempunyai kurang 50 peratus risiko kematian berbanding barah yang dikesan secara klinikal.

Pengesanan awal barah buah dada juga membolehkan campur tangan perubatan lebih awal yang seterusnya melibatkan pembedahan yang lebih kecil dan dapat menyelamatkan tisu-tisu buah dada.

Jika barah buah dada di peringkat lanjut melibatkan pembedahan pembuangan, rawatan sistemik sebelum pembedahan, yang dikenali sebagai terapi neoadjuvant – bagi mengecilkan tumor – perlu dilakukan.

Jenis barah

Perlu diambil perhatian mengenai kumpulan kecil barah buah dada yang dikenali sebagai, ‘Triple-Negative Breast Cancer’ (TNBC) yang diketahui secara biologi paling agresif berbanding dengan jenis lain.

Untungnya adalah jika TNBC dikesan awal, terdapat peluang yang lebih tinggi untuk sembuh.

Terdapat juga kaedah rawatan terkini yang dikenali sebagai imunoterapi yang digunakan seiring kemoterapi sebelum pembedahan dan kemudian diteruskan sebagai monoterapi selepas pembedahan pada pesakit TNBC yang layak.

Penambahan imunoterapi ke atas kemoterapi telah menunjukkan kadar tindak balas patologi lengkap yang lebih tinggi.

Ini bermakna tiada sel barah yang tinggal dalam spesimen yang dibuang.

Imunoterapi juga telah menunjukkan pengurangan dalam pengulangan penyakit dalam kes TNBC tahap awal ini.

Rawatan barah buah dada ini bergantung kepada jenisnya selain daripada kemoterapi kerana banyak rawatan terkini yang terbukti berkesan untuk merawat bermula dari peringkat awal hingga peringkat lanjut.

Rawatan perubatan kini semakin canggih dan kurang kesan sampingan seperti rawatan imunoterapi yang mengaktifkan sel imun T-sel untuk membunuh secara khusus sel barah berkesan bagi TNBC.

Rawatan radioterapi berteknologi tinggi juga berupaya merawat barah buah dada dengan lebih berkesan.

Nasihat

Penekanan di sini adalah bahawa jika barah dikesan lebih awal, peluang kejayaan rawatan akan lebih tinggi.

Wanita perlu menyedari perkara ini dan digalakkan untuk tampil menjalani ujian saringan atau pemeriksaan perubatan jika ada kebimbangan mengenai buah dada mereka.

Penulis Perunding Buah Dada dan Pakar Bedah Am Hospital Farrer Park/Hospital Mount Elizabeth Novena.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg