Kesihatan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Cara mudah baiki penglihatan

Sep 25, 2023 | 6:00 AM
DAPATKAN PEMERIKSAAN: Mata merupakan organ yang sangat berharga, oleh itu kesihatan mata perlu diambil kira sebagai salah satu daripada penjagaan kesihatan. 
DAPATKAN PEMERIKSAAN: Mata merupakan organ yang sangat berharga, oleh itu kesihatan mata perlu diambil kira sebagai salah satu daripada penjagaan kesihatan.  - Foto The Straits Times

Faktor pengaruhi gangguan penglihatan:

Populasi Yang Menua:

Penambahan dan penuaan populasi meningkatkan rabun dan kebutaan.

Perubahan Gaya Hidup:

Kegiatan melihat skrin pada jarak dekat yang berlebihan mendorong risiko miopia. Kencing manis yang dikaitkan dengan gaya hidup tidak aktif boleh mengakibatkan masalah mata.

KESIHATAN MATA DAN AMALAN PENJAGAANNYA:

Mata merupakan organ penting dan perlu dijaga.
Pemeriksaan mata berkala adalah penting untuk kesihatan penglihatan.

Ketika Membaca:

Jaga jarak membaca antara 30-40 sentimeter dari mata.
Sentiasa duduk tegak semasa membaca.
Hindari membaca semasa dalam perjalanan atau di kenderaan bergerak.

Pencahayaan:

Pastikan cahaya membaca tidak terlalu gelap atau terang.

Makanan untuk Mata:

Makan makanan kaya dengan vitamin A dan C: susu, sayur (misalnya lobak, brokoli) dan buah-buahan (seperti aprikot dan anggur).
Lobak dan tomato kaya dengan Vitamin A.

Amalan senaman untuk mata:

Lakukan latihan fokus mata.
Rehat mata selepas menggunakan komputer.
Lihat warna hijau untuk menenangkan mata.

Pengguna Komputer:

Letakkan skrin pada jarak dan tinggi yang sesuai.
Gunakan pencahayaan yang sesuai dan elakkan silau.
Kelip mata dengan kerap dan rehatkan mata.

Cermin Mata Keselamatan:

Gunakan apabila terdedah kepada bahaya seperti kerja-kerja mesin.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg