Rawatan Penjanaan Semula Kulit Plasma semakin mendapat perhatian dalam bidang perubatan estetik kerana keberkesanannya dalam memperbaiki keadaan kulit.

Teknologi itu menggunakan tenaga plasma untuk menghantar haba terkawal ke kawasan rawatan secara tepat, tanpa menjejas tisu di sekelilingnya.

Proses itu merangsang pertumbuhan semula kulit di dua lapisan utama, iaitu epidermis dan dermis.

Menurut pakar dermatologi, rawatan itu bukan sahaja memperbaharui sel kulit yang rosak, malah turut membantu menegangkan kulit.

Di samping mampu menjana semula kulit baru, rawatan itu juga dipercayai berupaya menegangkan kulit.

Malah Penjanaan Semula Kulit Plasma dikatakan berkesan dalam mengurangkan penampilan liang-liang besar pada muka sekali gus menjadikan penampilan lebih licin dan tampak lebih muda.

Selain itu, Penjanaan Semula Kulit Plasma merupakan rawatan tidak invasif dan bebas kesakitan.

Ia tidak memerlukan anestetik dan tidak memerlukan masa pemulihan.

Ini menjadikannya pilihan ideal untuk individu yang sibuk, seperti Cik Nuraisha Nasir, yang merupakan seorang karyawan.

Memandangkan rawatan peremajaan kulit itu tidak bertindak balas terhadap melanin, ia juga dapat merawat kulit yang lebih gelap dengan selamat dan berkesan.

Seperti Penjanaan Semula Kulit Plasma, terapi Modulasi Dermal Frekuensi Rendah (LDM) adalah rawatan peremajaan kulit yang tidak invasif dan bebas daripada rasa sakit.

LDM menggunakan ayunan frekuensi ultrasonik pantas antara 100 dengan 1,000 kali sesaat, bagi menghasilkan kesan urutan mikro yang kuat pada struktur tisu kulit.

Rawatan itu berkesan untuk menangani pelbagai masalah kulit seperti tekstur tidak sekata, kulit kendur dan garisan halus, sekali gus melengkapi kesan pelicinan kulit yang diperoleh daripada Penjanaan Semula Kulit Plasma.

Bagi Cik Nuraisha, dengan jadual kerja yang padat, beliau turut mengimpikan kulit yang hampir sempurna.

Beliau mencari penyelesaian yang berkesan untuk mengecilkan liang pori yang kelihatan dan mendapatkan kulit yang lebih licin.

Setelah mencuba pelbagai produk penjagaan kulit dan rutin kecantikan tanpa hasil yang memuaskan, Cik Nuraisha memutuskan untuk mencuba gabungan rawatan Penjanaan Semula Kulit Plasma dan LDM untuk meremajakan kulitnya.

Cik Nuraisha mula melihat peningkatan yang ketara selepas hanya beberapa sesi Penjanaan Semula Kulit Plasma serta LDM.

Masalah pori-pori besar dikatakan berkurangan dengan ketara, dan kulitnya menjadi lebih halus.

Menjelang penghujung sesi terakhir, kekusaman pada kulit beliau dipercayai berkurangan, malah ia dikatakan menjadi lebih licin bak bayi.