Kesihatan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Masalah lazim jika berkulit sawo matang

Terdapat pelbagai rawatan untuk tangani masalah jerawat, pigmentasi dan ekzema
Jan 6, 2025 | 5:30 AM
Masalah pigmentasi kulit adalah keadaan apabila warna kulit tidak sekata dengan ada bahagian cerah dan ada yang gelap.
Masalah pigmentasi kulit adalah keadaan apabila warna kulit tidak sekata dengan ada bahagian cerah dan ada yang gelap. - Foto ISTOCKPHOTO

Pigmentasi dan Rona Kulit Tidak Sekata

Individu dengan rona kulit lebih gelap, yang lazim dalam kalangan orang Melayu, lebih berisiko mengalami gangguan pigmentasi seperti:

Melasma: Keadaan ini ditandai dengan tompok kelabu atau coklat yang sering bertambah teruk akibat perubahan hormon dan pendedahan kepada sinaran matahari.

Hiperpigmentasi Selepas Radang (PIH): Tompok gelap yang muncul selepas jerawat, ekzema, atau kecederaan kulit lain sering menjadi cabaran, terutama pada kulit yang lebih gelap.

Kulit jenis ini cenderung menghasilkan lebih banyak melanin akibat peningkatan kegiatan melanosit.

Rawatan Utama

Terapi Laser Hibrid: Laser ini menggunakan dua gelombang panjang yang berbeza (1064 nanometer atau nm dan 532nm) untuk menyasar dan memecahkan pigmentasi pada lapisan kulit yang lebih dalam, mencerahkan melasma dan PIH dengan berkesan.

Kelebihan tambahan: Laser hibrid membolehkan doktor menyesuaikan mod tenaga laser mengikut keperluan, memandangkan kebanyakan pesakit mempunyai jenis pigmentasi berbeza yang memerlukan pendekatan rawatan khusus.

Teknologi ‘Microneedling Radiofrequency’: Jarum mikro dengan frekuensi radio menggunakan mod ‘Radiofrequency’.

Ia mencegah berulangnya pigmentasi dengan menstabilkan kegiatan melanosit serta mempercepatkan proses penyembuhan kulit.

Mengapakah Rawatan Gabungan Berkesan?
Terapi Laser Hibrid bertindak menghapuskan pigmentasi sedia ada, manakala teknologi microneedling radiofrequency pula membantu mengurangkan risiko pigmentasi berulang.

Gabungan itu berfungsi secara sinergi, memberi manfaat jangka panjang untuk kesihatan dan penampilan kulit.

Jerawat dan Pori Tersumbat

Mengapakan Ia Membimbangkan?: Jerawat, misalnya adalah masalah kulit yang lumrah di Singapura.

Iklim tropika yang lembap di negara ini meningkatkan pengeluaran peluh dan minyak berlebihan.

Ia sekali gus boleh menyebabkan liang pori tersumbat, terutama dalam kalangan anak muda.

Di samping itu, gaya hidup dan faktor budaya tertentu memburukkan lagi jerawat. Ia termasuk:

Tabiat Pemakanan: Sesetengah makanan tradisional Melayu, seperti kuih-muih dan nasi putih di dalam nasi lemak, mempunyai indeks glisemik yang tinggi, yang boleh meningkatkan pengeluaran sebum.

Sebum berlebihan, bersama sel kulit mati, biasanya boleh menyumbatkan liang pori, lalu menyumbang kepada pembentukan jerawat.

Amalan Budaya: Penggunaan produk penjagaan kulit dan rambut berasaskan minyak secara kerap boleh menyumbat pori-pori dan memperburuk kerengsaan pada kulit yang berjerawat.

Tekanan Mental: Sering dialami oleh golongan anak muda, tekanan mental boleh mencetuskan ketidakseimbangan hormon yang memperburuk masalah jerawat.

Pilihan Rawatan Utama

‘Hydrafacial’: Rawatan muka yang membersihkan, mengelupas, dan menghidrat kulit secara mendalam menggunakan teknologi gabungan vorteks.

Peranti ini berkesan mengurangkan masalah liang tersumbat dengan ketidakselesaan yang minimum.

Laser Pro-Kuning: Dengan panjang gelombang 577nm, ia dikatakan sangat berkesan dalam merawat kemerahan kesan selepas jerawat pada kulit yang lebih gelap.

Berbanding dengan panjang gelombang hijau 532nm yang digunakan pada mesin lama, panjang gelombang 577nm mengurangkan risiko hiperpigmentasi selepas rawatan.

Mengapakah Rawatan Gabungan Berkesan?

Hydrafacial menggalak pembersihan dan penghidratan kulit secara mendalam. Ia menangani punca penyumbatan liang.

Sementara itu, Laser Pro-Kuning menyasarkan minyak dan keradangan, memberikan kelegaan segera di samping hasil yang berkesan untuk jangka panjang.

Kulit Kering dan Ekzema

Mengapakah Ia Membimbangkan?: Walaupun tinggal dalam persekitaran lembap, pesakit sering menghadapi masalah berikut:

Kulit Kering: Persekitaran berhawa dingin dan penggunaan bahan pembersih wajah yang keras boleh menghilangkan minyak semula jadi kulit.

Ekzema: Keadaan keradangan kronik yang disebabkan oleh faktor genetik, serta dicetuskan oleh bahan yang boleh mencetuskan alahan, suhu panas, dan pencemaran.

Pilihan Rawatan Utama

‘Polydeoxyribonucleotide’ (PDRN): Penyembuh PDRN adalah agen antiradang dan penjanaan semula tisu. Ia mengandungi asid hyaluronic.

Ia menghidratkan kulit secara mendalam, memperbaiki penghalang kulit, dan menggalak proses penyembuhan pada tahap selular, menjadikannya pilihan yang ideal untuk merawat masalah kekeringan kulit dan ekzema.

Rawatan itu boleh diberikan melalui teknologi tanpa jarum yang dipatenkan oleh Cambridge Medical, atau melalui suntikan mikro.

Teknologi LDM: Sesuai untuk pesakit yang terdedah kepada ekzema atau kulit sensitif.

Terapi Modulasi Ketumpatan Rendah (LDM) menggunakan ultrabunyi untuk memperbaiki penghalang kulit, mengurangkan sensitiviti, dan menenangkan keradangan.

Mengapakah Rawatan Gabungan Berkesan?

Penyembuh PDRN menyasarkan masalah kekeringan pada peringkat selular.

Ia meningkatkan penghidratan dan memperbaiki kulit, sementara teknologi LDM menenangkan kulit sensitif dan mengurangkan keradangan.

Digabungkan dengan pelembap menenangkan, terapi itu dipercayai berkesan untuk mengurangkan masalah kekeringan kulit dan ekzema.

Penulis Pengarah Perubatan Cambridge Medical Group dan juga doktor dengan lebih 10 tahun pengalaman dalam perubatan estetik.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg