Kesihatan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

MOH: Khidmat kesihatan bersepadu di luar institusi kesihatan awam penting

Apr 28, 2020 | 4:44 PM
KHIDMAT DIPERLUKAN: Kementerian Kesihatan (MOH) menganggap perkhidmatan kesihatan bersepadu yang berada di luar institusi penjagaan kesihatan awam  - termasuk khidmat pemulihan atau terapi - sebagai perkhidmatan penting. Foto ini dirakamkan pada September 2016.
KHIDMAT DIPERLUKAN: Kementerian Kesihatan (MOH) menganggap perkhidmatan kesihatan bersepadu yang berada di luar institusi penjagaan kesihatan awam  - termasuk khidmat pemulihan atau terapi - sebagai perkhidmatan penting. Foto ini dirakamkan pada September 2016. - - Foto: FAIL

MULAI esok, Kementerian Kesihatan (MOH) menganggap perkhidmatan kesihatan bersepadu yang berada di luar institusi penjagaan kesihatan awam - termasuk khidmat pemulihan atau terapi - sebagai perkhidmatan penting.

Selain karyawan dalam perkhidmatan ini, mereka yang berada dalam bidang penjagaan makanan (dietetik), kerja kemasyarakatan, psikologi dan podiatri - juga dianggap penting.

Jurucakap MOH menerusi kenyataan itu menyatakan, bagi memastikan langkah-langkah jarak selamat dipatuhi, langkah pencegahan dilaksanakan demi menawarkan khidmat kesihatan bersepadu, sepanjang tempoh pemutus litar ini. Ini termasuk memastikan pergerakan dan interaksi dapat dikurangkan.

Selain itu, ia juga perlu memastikan terapi dijalankan secara perseorangan, mengutamakan konsultasi secara semuka bagi pesakit yang keadaannya semakin uzur dan mereka yang keadaan kesihatannya berpotensi menjadi teruk, sekiranya tidak menerima terapi atau rawatan.

Semua karyawan kesihatan bersepadu juga diarahkan menuruti langkah jarak selamat, menguruskan kesesakan dan memakai Peralatan Pelindung Peribadi (PPE).

Memandangkan hampir kesemua pesakit luar bagi perkhidmatan kesihatan bersekutu dapat dilakukan secara tele-konsultasi, MOH berharap para penyedia khidmat dapat menawarkan rawatan pesakit luar mengikut pendekatan yang dapat mengurangkan risiko pesakit terdedah kepada jangkitan Covid-19, kecuali konsultasi secara sidang video didapati tidak sesuai.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg