Premium
Penting dapatkan rawatan awal kayap ular
Pelakon tempatan yang terkenal, Nick Shen, baru-baru ini berkongsi pengalaman peribadinya bergelut dengan penyakit kayap. Beliau mendedahkan pengalaman itu melalui beberapa gambar yang dimuat naik ke akaun Instagram peribadinya. Ia menggambarkan detik-detik awal beliau didiagnosis menghidapi penyakit tersebut. Pendedahan Nick menarik perhatian ramai peminat dan pengikutnya di wadah media sosial. Pengalaman peribadi itu juga mengingatkan betapa pentingnya kesedaran awal terhadap kesihatan kulit dan penyakit kulit seperti kayap. Ikuti pengalaman Encik Jaffar Ali yang mengalami penyakit kayap ular hampir 18 bulan.
Oct 30, 2023 | 6:00 AM
Hanya dua hari sebelum hari raya Aidilfitri pada 2022, apabila bangun daripada tidur, Encik Jaffar Ali perasan terdapat bintik berair yang muncul di kawasan perut bawah pinggangnya. Bintik-bintik kecil bersaiz seperti kacang hijau dengan kelilingnya merah itu tersebar secara berkelompok
Bahagian belakang tubuhnya juga terkena, tetapi sukar untuk dilihat dengan jelas. Bintik-bintik itu membentang dari pinggang dekat dengan pusat hingga ke bahagian belakang, tetapi tidak melebihi bahagian tengah belakang.
Laporan berkaitan
Jenis cacar dan perbezaan May 16, 2023 | 12:03 PM
Disangka gout, rupanya kuman pemakan daging hampir ragut nyawaSep 25, 2023 | 4:35 PM

