Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Kesilapan kertas peperiksaan: SEAB akan buat semakan

Jan 10, 2023 | 5:30 AM
SEDIA HULUR BANTUAN: Dr Faishal (tengah) beramah dengan anggota pasukan respons awal SCDF di lapangan terbang Changi sebelum mereka berlepas. Turut bersama beliau ialah Pesuruhjaya SCDF, Komander Eric Yap (di kanan Dr Faishal), dan ketua kontinjen, LTC Lok Wee Keong (paling kanan). - Foto SCDF
SEDIA HULUR BANTUAN: Dr Faishal (tengah) beramah dengan anggota pasukan respons awal SCDF di lapangan terbang Changi sebelum mereka berlepas. Turut bersama beliau ialah Pesuruhjaya SCDF, Komander Eric Yap (di kanan Dr Faishal), dan ketua kontinjen, LTC Lok Wee Keong (paling kanan). - Foto SCDF -

LEMBAGA Peperiksaan dan Penilaian Singapura (SEAB) akan menyemak pengurusan ralat dalam kertas peperiksaan untuk mengelak kejadian di mana sekolah menanganinya dengan cara berbeza untuk berlaku pada masa hadapan, kata Menteri Negara (Pendidikan), Cik Gan Siow Huang semalam.

Beliau merujuk kepada kejadian baru-baru ini melibatkan kesilapan dalam peperiksaan bagi subjek Kimia pada GCE peringkat 'A', di mana sekolah-sekolah menanganinya dengan cara berlainan, sehingga pelajar habis peperiksaan mereka pada waktu berbeza. Dalam jawapannya di Parlimen semalam kepada soalan yang diajukan beberapa Anggota Parlimen berkenaan hal itu, Cik Gan memberi jaminan bahawa SEAB dan Penilaian Cambridge akan mengambil kira kejadian ini sewaktu pemarkahan dan memastikan bahawa pelajar tidak berada dalam kedudukan yang merugikan.

Dalam kertas 3 subjek Kimia H2 Peringkat GCE 'A' tahun lalu, satu ralat bagi salah satu soalan pilihan, menjejas dua bahagian, bernilai satu markah setiap satu, diberikan bersama dengan kertas soalan kepada setiap pelajar pada permulaan peperiksaan. Sewaktu peperiksaan, beberapa sekolah mendapatkan penjelasan tambahan mengenai ralat itu, dan SEAB menasihati sekolah agar memberi waktu tambahan berdasarkan masa yang diambil untuk mengumumkan penjelasan itu.

"Ini akan memastikan pelajar terus mempunyai tempoh penuh dua jam untuk menyelesaikan kertas mereka," katanya.

Menjawab soalan susulan Dr Tan Wu Meng (GRC Jurong GRC) mengenai kekerapan kejadian ralat, Cik Gan berkata ia bukan kejadian yang biasanya berlaku.

Tahun lalu, tidak ada ralat didapati dalam kertas peperiksaan GCE 'A' dan pada 2020, hanya satu ralat bagi satu kertas.

Beliau menambah bahawa mereka cuba berlaku adil kepada pelajar dengan memulangkan masa yang digunakan untuk memberi penjelasan bagi ralat tersebut supaya pelajar masih mempunyai masa penuh yang diperlukan bagi menghabiskan peperiksaan mereka.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg