Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Ketahui cara tangani tekanan apabila jaga anak

May 5, 2022 | 5:30 AM
GOTONG-ROYONG JAYAKAN PROJEK AMAL: Penjualan nasi beriani amal Masjid Khadijah dijayakan dengan kehadiran lebih 300 jemaah dan sukarelawan dalam membantu memasak, mengedar dan membeli nasi-nasi amal tersebut. - Foto-Foto MASJID KHADIJAH
GOTONG-ROYONG JAYAKAN PROJEK AMAL: Penjualan nasi beriani amal Masjid Khadijah dijayakan dengan kehadiran lebih 300 jemaah dan sukarelawan dalam membantu memasak, mengedar dan membeli nasi-nasi amal tersebut. - Foto-Foto MASJID KHADIJAH -

TANGGUNGJAWAB ibu bapa sepenuhnya datang dengan pelbagai kebimbangan dan kerumitan tersendiri.

Sepanjang usia anak meningkat, ibu bapa mungkin akan rasa tertekan dengan pelbagai aspek apabila mengasuh mereka.

Oleh demikian, ianya penting bagi para ibu bapa tahu cara menangani tekanan apabila menjaga dan mendidik anak-anak mereka.

Pengarah Eksekutif Casa Raudha, Cik Zaharah Ariff, berkata ibu bapa perlu tahu perbezaan antara mendisiplin dengan menggunakan kekerasan fizikal terhadap anak.

"Mereka mesti mempunyai kesedaran bahawa apa yang mereka lakukan adalah salah. Jika mereka fikir bahawa ia (cara disiplin menggunakan kekerasan) adalah terbaik buat anak mereka, ia boleh membawa kepada penderaan fizikal dan psikologi.

"Jika mereka lihat anak itu sedang dalam kesakitan, keselamatan mereka terancam dan anak itu juga takut terhadap mereka, ini bermakna mereka telah melakukan sesuatu yang tidak betul buat anak-anak mereka," ujar beliau.

Cik Zaharah turut menyarankan pasangan ibu bapa agar berkomunikasi secara terbuka bagi isu menangani anak mereka.

"Ia adalah tanggungjawab bersama dan perlu saling mendengar mengenai apa yang mereka boleh lakukan sebagai ibu bapa.

"Sebelum mendisiplinkan anak, mereka perlu berfikir dahulu dan bincangkan bersama bagi cara disiplin anak yang baik dan positif," katanya.

Ibu bapa juga boleh menyertai kumpulan sokongan untuk mendapatkan pandangan dan saranan daripada ibu bapa lain yang telah melalui pengalaman sama.

"Bukanlah mereka sahaja pasangan ibu bapa yang melalui masalah. Mereka boleh memilih kumpulan sokongan yang ingin mereka kaitkan bersama dan lihat mereka tidak sendirian.

"Sekiranya mereka perlu bantuan dan minta bantuan, mereka dalam landasan yang betul. Tiada anak yang sempurna, begitu juga dengan ibu bapa," kata Cik Zaharah.

Ketua dalam kumpulan jagaan kanak-kanak bagi Persatuan Kanak-kanak Singapura (SCS), Cik Gracia Goh, berkata boleh mengamalkan beberapa teknik segera apabila tertekan menjaga anak-anak.

"Sebagai contoh, apabila saya dapat merasakan kemarahan saya meningkat semasa menjaga anak-anak, saya boleh menggunakan teknik relaksasi yang telah saya pelajari sebelum ini seperti menarik nafas panjang atau mengambil masa untuk menenangkan diri sebelum saya melayan mereka.

"Teknik segera ini dapat membantu ibu bapa berhenti sejenak dan mengelakkan daripada mendisiplinkan dengan cara yang akan segera mereka sesali," kata Cik Gracia.

Kaunselor Utama Pusat Hab Perkahwinan AMP Singapura, Encik Shaikh Loqman Shaikh Hasan, pula menyarankan ibu bapa untuk "tidak melibatkan anak dalam permasalahan rumah tangga".

Ini dapat membantu anak-anak untuk tidak terjejas sekiranya pergolakan rumah tangga itu berlaku.

"Kongsi masalah anda supaya anda tidak dibebani. Usah segan juga untuk mendapatkan khidmat sosial yang sedia ada," tambah Encik Shakh Loqman.

Jika anda memerlukan bantuan segera, dapatkan pertolongan dari Pusat Khidmat Keluarga (FSC) yang berhampiran dengan rumah anda atau hubungi talian bantuan AMP di 6416-3960 atau 6416-3961.

TIP TANGANI TEKANAN

1. Ketahui perbezaan antara disiplinkan anak dan gunakan kekerasan fizikal terhadap mereka.

2. Adakan komunikasi terbuka mengenai cara terbaik untuk jaga dan disiplin anak

3. Sertai kumpulan sokongan untuk dapatkan pandangan dan saranan daripada ibu bapa lain yang lalui masalah sama.

4. Jangan libatkan anak dalam masalah rumah tangga

5. Dapatkan khidmat bantuan dari Pusat Khidmat Keluarga (FSC) atau hubungi talian bantuan AMP di 6416-3960 atau 6416-3961.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg