Konflik di Israel dan Palestin yang kian tegang amat dikesali dan mencetus kebimbangan, kata Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, yang turut menggesa masyarakat Muslim setempat terus bersatu.
Menukil khutbah Jumaat pada 13 Oktober, beliau berkata semua jenis keganasan dan penindasan - tanpa mengambil kira pelakunya - bertentangan dengan nilai-nilai umat Islam.
“Ia bercanggah dengan ajaran dan panduan agama kita,” kata Encik Masagos, menulis di Facebook.
“Dalam saat-saat sukar ini, marilah kita bersatu padu dan bersama-sama memanjatkan doa bagi keselamatan dan keamanan di rantau itu dan semoga mereka yang terlibat dalam konflik ini bertemu dengan huraian yang dapat menyelesaikan perbezaan mereka melalui cara yang aman dan damai.”
Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg