SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

Ketua baru SMRT mula bertugas

Ketua baru SMRT mula bertugas

Aug 1, 2018 | 5:22 PM

Ketua baru SMRT mula bertugas

KETUA BARU SMRT: Ketua eksekutif baru SMRT, Encik Neo Kian Hong (kiri); pengerusi SMRT, Encik Seah Moon Ming (dua dari kiri); Menteri Pengangkutan, Encik Khaw Boon Wan (dua dari kanan) serta wakil daripada Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) dan SMRT semasa mereka menyaksikan satu percubaan sistem isyarat pada 29 April lalu.
KETUA BARU SMRT: Ketua eksekutif baru SMRT, Encik Neo Kian Hong (kiri); pengerusi SMRT, Encik Seah Moon Ming (dua dari kiri); Menteri Pengangkutan, Encik Khaw Boon Wan (dua dari kanan) serta wakil daripada Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) dan SMRT semasa mereka menyaksikan satu percubaan sistem isyarat pada 29 April lalu. - Foto FACEBOOK/SMRT

MANTAN panglima pasukan pertahanan Neo Kian Hong memulakan hari pertama tugasnya sebagai ketua eksekutif pengendali kereta api SMRT hari ini (1 Ogos) dengan menggesa kakitangan syarikat itu untuk bekerja keras bagi menyampaikan khidmat kereta api yang selamat, boleh dipercayai dan selesa.

Menerusi satu e-mel kepada kakitangan SMRT, Encik Neo, 54 tahun, berkata ramai orang telah berkongsi pandangan dan harapan mereka bagi SMRT sejak pengumuman tentang peralihan pucuk pimpinan itu dibuat.

"Marilah kita bekerjasama sebagai sebuah syarikat dan dengan semua pihak berkepentingan kita untuk menyampaikan khidmat awam yang boleh dibanggakan warga Singapura," katanya.

Encik Neo turut mengucapkan terima kasih kepada Encik Desmond Kuek, 55 tahun, atas dedikasi dan khidmatnya kepada syarikat tersebut.

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg