Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Ketua disiplin sekolah menengah rakam video intaian skirt rakan sekerja, pelajar

Sep 2, 2022 | 10:21 PM
Foto FAIL
Foto FAIL -

SEORANG ketua disiplin di sekolah secara ironi melanggar undang-undang di tempat kerjanya apabila dia merakam beberapa video intaian skirt rakan sekerjanya dan sekurang-kurangnya tujuh pelajar.

Lelaki yang sudah berumah tangga dan bapa tiga anak itu melakukan kesalahan berkenaan di tempat lain termasuk di rumah ibu mentuanya di mana yang menjadi sasaran adalah seorang wanita yang mempunyai pertalian keluarga dengannya.

Dalam tempoh lebih tiga tahun, dia merakam 170 video intaian sekurang-kurangnya 47 wanita berbeza.

Lelaki 49 tahun itu mengaku bersalah pada Jumaat (2 September) di atas tiga kesalahan merendahkan martabat wanita.

Mahkamah diberitahu dalam satu peristiwa, seorang pelajar di sekolah itu ditangkap dan dihukum kerana mengambil dua video intaian seorang guru.

Dengan hasrat kononnya ingin mendapatkan bukti bagi kesalahan pelajar itu, guru disiplin berkenaan menggunakan telefon bimbitnya sendiri untuk merakam video yang diambil pelajar itu.

Dia kemudian mengalihkan video itu ke cakera kerasnya untuk menambah koleksi video intaian yang sudah dirakam sendiri.

Lelaki itu sudah dipecat sejak Julai 2018, kata Kementerian Pendidikan (MOE) kepada akhbar The Straits Times.

Timbalan Pendakwa Raya (DPP) Yvonne Poon berkata antara 18 April 2015 hingga 11 Julai 2018, lelaki itu telah merakam beberapa video intaian wanita dengan menyasarkan sekurang-kurangnya 38 rakan sekerjanya.

Bagi melakukan kesalahan itu, dia akan meletakkan telefonnya pada 'mode' rakaman video sebelum meminta rakan sekerja wanitanya ke meja kerjanya untuk menaip data.

Sedang rakan itu berdiri di mejanya dan menaip data seperti rekod kehadiran pelajar, dia akan meletakkan telefon bimbitnya di bawah skirt rakan sekerjanya dan merakam video tanpa mereka menyedarinya atau tanpa keizinan mereka.

"Yang tertuduh hanya memanggil rakan sekerja wanita yang memakai skirt atau gaun ke meja kerjanya.

"Dia takkan memanggil guru wanita yang memakai seluar dan jarang mengundang guru lelaki ke mejanya untuk menaip data," jelas DPP Poon.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg