SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

Ketua Eksekutif baru Muis lakar hala tuju

Ketua Eksekutif baru Muis lakar hala tuju

Dec 5, 2018 | 6:56 PM

Ketua Eksekutif baru Muis lakar hala tuju

DEKAT DENGAN MASYARAKAT: Encik Esa yang bakal memegang jawatan Ketua Eksekutif Muis mulai 1 Januari depan mempunyai pengalaman bekerja dengan masyarakat sepanjang kerjayanya dalam perkhidmatan awam sebelum ini.
DEKAT DENGAN MASYARAKAT: Encik Esa yang bakal memegang jawatan Ketua Eksekutif Muis mulai 1 Januari depan mempunyai pengalaman bekerja dengan masyarakat sepanjang kerjayanya dalam perkhidmatan awam sebelum ini. - Foto BH oleh LIM YAOHUI

BAKAL Ketua Eksekutif Majlis Ugama Islam Singapura (Muis), Encik Esa Masood, telah melakarkan tiga bidang tumpuannya apabila beliau mengambil-alih jawatan tersebut mulai bulan depan.

Tiga bidang itu ialah - memastikan kestabilan program yang dijalankan Muis; meninjau bidang yang perlu diperbaiki; dan merancang awal bagi menangani isu yang bakal dihadapi masyarakat pada masa akan datang.

Encik Esa berkata, adalah penting memastikan program yang dijalankan Muis terus memenuhi jangkaan dan keperluan masyarakat selain terus diperkukuh.

Namun, beliau akur bahawa terdapat keperluan baru serta cabaran yang perlu ditangani.

Oleh itu, Encik Esa, 39 tahun, berkata Muis giat meninjau dan mengenal pasti isu tersebut agar dapat membuat perancangan bagi menanganinya.

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg