Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Ketua WP Pritam Singh hadapi 2 tuduhan bohong kepada Parlimen; buat akuan tidak bersalah

Mar 19, 2024 | 12:39 PM
Ketua Pembangkang dan Ketua Parti Pekerja (WP), Pritam Singh, tiba di perkarangan Mahkamah Negara pada 19 Mac sekitar 10.45 pagi untuk mendengar dua tuduhan di bawah Seksyen 31(q) Akta Parlimen (Keistimewaan, Kekebalan dan Kuasa) yang dikenakan ke atasnya.
Ketua Pembangkang dan Ketua Parti Pekerja (WP), Pritam Singh, tiba di perkarangan Mahkamah Negara pada 19 Mac sekitar 10.45 pagi untuk mendengar dua tuduhan di bawah Seksyen 31(q) Akta Parlimen (Keistimewaan, Kekebalan dan Kuasa) yang dikenakan ke atasnya. - Foto ST

Ketua Pembangkang Pritam Singh telah dikenakan dua tuduhan pada 19 Mac kerana berbohong kepada Jawatankuasa Hak Istimewa Parlimen (COP).

Dia, yang juga Ketua Parti Pekerja (WP), dikenakan tuduhan itu setelah polis membuka siasatan berhubung keterangannya terhadap COP susulan kontroversi melibatkan bekas Anggota Parlimen Raeesah Khan pada 2021.

Pritam dipanggil sebagai saksi oleh jawatankuasa itu, yang mendapati dia tidak jujur semasa perbicaraan ketika dia di bawah sumpah.

Pada Februari 2022, jawatankuasa itu mengesyorkan bagi merujuknya kepada pendakwa raya untuk siasatan lanjut dengan tujuan untuk mempertimbangkan prosiding jenayah, yang kemudiannya disokong oleh Parlimen.

Pritam membuat pengakuan tidak bersalah atas dua tuduhan di bawah Seksyen 31(q) Akta Parlimen (Keistimewaan, Kekebalan dan Kuasa) itu dan menuntut agar perbicaraan diadakan.

Di bawah akta itu, memberi jawapan palsu atau berbohong kepada soalan yang diajukan oleh jawatankuasa parlimen ialah kesalahan jenayah dan jika disabit kesalahan, pesalah boleh dikenakan denda maksimum $7,000 dan/atau dipenjara hingga tiga tahun.

Dia tidak diwakili peguam apabila tuduhan dibacakan kepadanya. Kesnya akan didengar dalam sidang praperbicaraan pada 17 April.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg