Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

KFC dituduh langgar aturan selamat Covid-19

Jan 13, 2022 | 5:30 AM
- Foto fail
- Foto fail -

PIHAK Pengurusan Kentucky Fried Chicken (KFC) telah dikenakan dua pertuduhan di mahkamah semalam kerana melanggar peraturan Covid-19 di salah sebuah cawangannya.

Syarikat itu didakwa membenarkan empat pelanggan memasuki cawangan Far East Plaza (gambar) pada malam 10 Julai tahun lalu tanpa memeriksa terlebih dahulu sama ada mereka mempunyai sebarang tanda Covid-19.

Kertas pertuduhan menyebut bahawa premis itu bertanggungjawab mewujudkan dan menggunakan prosedur dan kawalan yang sesuai untuk memastikan pelanggannya diperiksa untuk simptom koronavirus sebelum masuk.

Pengurusan KFC juga didakwa gagal mengambil langkah memastikan empat pelanggan itu makan dalam kumpulan tidak lebih daripada dua individu, yang merupakan sebahagian daripada langkah Covid-19 pada ketika itu.

Dokumen mahkamah menamakan empat pelanggan itu sebagai Muhammad Ariffin Sahdan, Shehzel Selamat, Nyla Muhammad Kamal dan Muhammad Hidayat Rahmad.

Kes telah ditangguhkan ke hujung bulan ini.

Mereka yang melanggar peraturan Covid-19 menghadapi hukuman penjara maksimum enam bulan dan denda $10,000.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg