Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

KFC Singapura akan berhenti sediakan straw plastik

Jun 18, 2018 | 7:12 PM
LANGKAH MENJAGA ALAM SEKITAR: Langkah KFC tidak menyediakan straw plastik dan penutup cawan plastik lagi dijangka akan menjimatkan sekitar 17.9 tan plastik sekali guna setahun.
LANGKAH MENJAGA ALAM SEKITAR: Langkah KFC tidak menyediakan straw plastik dan penutup cawan plastik lagi dijangka akan menjimatkan sekitar 17.9 tan plastik sekali guna setahun. - Foto SHIN MIN DAILY NEWS

RANGKAIAN restoran makanan segera KFC tidak akan menyediakan straw plastik lagi di kesemua 84 cawangannya di sini mulai lusa (20 Jun).

Ini merupakan sebahagian usahanya untuk menjaga alam sekitar.

Mengumumkan demikian hari ini (18 Jun), KFC berkata langkah itu dijangka menjimat sekitar 17.9 tan plastik sekali guna setahun.

Tambahnya, mereka juga akan menyemak dan memperkenalkan lebih banyak bahan bungkusan yang mesra alam.

KFC merupakan syarikat terkini yang mengumumkan langkah untuk berhenti menggunakan bahan plastik pakai buang di cawangannya.

Sebelum ini, enam hotel setempat telah berikrar untuk berhenti menggunakan straw, pengacau minuman dan sudu garpu plastik sekali guna serta beg plastik pada 1 Jun lalu.

Menurut akhbar The Straits Times, sekurang-kurangnya satu pusat makanan di Singapura juga kini bebas plastik.

Pusat makanan Koufu di Universiti Pengurusan Singapura (SMU) telah berhenti menggunakan straw plastik serta memperkenalkan bahan bungkusan yang mesra alam dan sudu garpu yang boleh digunakan semula.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg