Khaw e-buka bersama kakitangan pengangkutan, pekerja asing
Premium
Khaw e-buka bersama kakitangan pengangkutan, pekerja asing
May 1, 2020 | 5:30 AM
BERBUKA BERSAMA: (Atas, tengah) Encik Khaw Boon Wan mengadakan majlis berbuka puasa secara dalam talian menerusi aplikasi Zoom bersama pekerja asing serta kakitangan barisan hadapan pengangkutan awam di Singapura. - Foto TANGKAP LAYAR YOUTUBE MOT -
DALAM keadaan yang mencabar sekarang, berikutan penularan wabak Covid-19, majlis berbuka puasa di sekitar negara tidak lagi diadakan bagi melindungi masyarakat dan kemaslahatan awam.
Namun begitu, ia tidak menghalang Menteri Pengangkutan Khaw Boon Wan daripada menganjurkan majlis berbuka puasa secara dalam talian menerusi aplikasi Zoom bersama sekitar 19 pekerja asing yang terlibat dalam membina prasarana pengangkutan utama di Singapura serta pekerja pengangkutan barisan hadapan semalam.

