TERDAPAT rancangan mahu memperluas ujian sistem isyarat baru di Laluan Utara-Selatan dan Timur-Barat (NSEWL) pada waktu operasi, kata Menteri Pengangkutan Khaw Boon Wan semalam.

Ini bermakna penumpang boleh menjangka "gangguan dan kelewatan" pada khidmat kereta api, katanya dalam kiriman di Facebook, lapor akhbar The Straits Times.