Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Khidmat bas diubah hujung minggu ini bagi maraton, Ahad Bebas Kereta SG

May 23, 2016 | 11:43 AM
Acara Ahad Bebas Kereta SG di Daerah Sivik dan Kawasan Pusat Perniagaan (CBD).
Acara Ahad Bebas Kereta SG di Daerah Sivik dan Kawasan Pusat Perniagaan (CBD). - THE STRAITS TIMES

SEPULUH perkhidmatan bas SBS Transit akan terjejas hujung minggu ini (28 dan 29 Mei) disebabkan penutupan jalan bagi dua acara: Maraton Sundown 2016 dan Ahad Bebas Kereta SG.

Dari 11 malam pada 28 Mei hingga 1.30 pagi pada 29 Mei, Perkhidmatan 30 akan melangkau lima perhentian bas di sepanjang Fort Road dan Mountbatten Road kerana penutupan jalan bagi Maraton Sundown.

Pada 29 Mei, dari 5 hingga 7 pagi, sembilan perkhidmatan bas SBS Transit - 97, 100, 130, 131, 133, 186, 195, 400 dan 402 - akan terjejas oleh penutupan jalan di Daerah Sivik dan Kawasan Pusat Perniagaan (CBD) bagi acara Ahad Bebas Kereta SG.

Perkhidmatan 400 dan 402 pula akan memulakan operasi pada 11.15 pagi pada hari itu.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg