Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Khidmat bas, MRT dilanjut pada 30 April

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Khidmat bas, MRT dilanjut pada 30 April

Apr 16, 2024 | 03:52 PM



Mereka yang bertugas lewat pada malam cuti umum Hari Pekerja akan dapat pulang dengan menaiki pengangkutan awam seperti bas atau kereta api.

Ini menyusuli langkah melanjutkan beberapa khidmat SBS Transit pada hari tersebut – lebih lewat daripada jadual operasi biasa.

Khidmat kereta api di Laluan Timur Laut (NEL) dan Laluan Downtown (DTL) akan dilanjutkan setengah jam pada 30 April, kata SBS Transit pada 16 April.

Di laluan DTL, kereta api terakhir menuju ke Expo akan berlepas dari stesen Bukit Panjang pada 12.03 tengah malam, manakala kereta api paling lewat dari arah bertentangan akan berlepas pada 12.04 tengah malam.

Di laluan NEL pula, kereta api terakhir menuju ke Stesen Punggol akan berlepas dari HarbourFront pada 12.30 tengah malam, sementara kereta api terakhir dari HarbourFront ke Punggol akan berlepas pada 12.02 tengah malam.

Khidmat LRT Sengkang-Punggol turut akan dilanjutkan sehingga selepas kereta api terakhir laluan NET tiba di stesen-stesen pusat bandar.

Untuk menyokong lanjutan jadual operasi kereta api tersebut, waktu berangkat terakhir bagi bas juga akan dilanjutkan bagi khidmat SBS Transit 60A, 63M, 114A, 181, 222, 225G, 228, 229, 232, 238, 240, 241, 243G, 291, 292, 293, 315, 325, 410W, 804, 812 dan 974A.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat lanjut di laman web, www.sbstransit.com.sg.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >