Topik diikuti
Pergi ke BHkuKhidmat bas Night Rider, ke RWS dan zoo dihentikan bermula 30 Jun
Khidmat bas Night Rider, ke RWS dan zoo dihentikan bermula 30 Jun
Khidmat bas Night Rider, ke RWS dan zoo dihentikan bermula 30 Jun
SMRT akan menghentikan khidmat bas Night Rider dan dua lagi khidmat bas bermula 30 Jun ini.
Perkhidmatan ini, yang lebih memenuhi permintaan rekreasi, telah pun digantung sejak 2020 akibat pandemik Covid-19.
Perkhidmatan 188R, yang memberi perkhidmatan kepada penumpang dalam perjalanan dari Choa Chu Kang dan Bukit Batok ke Resorts World Sentosa, akan dihentikan.
Sebaliknya, penumpang boleh menaiki MRT atau Perkhidmatan 188 ke stesen MRT HarbourFront, dari mana mereka boleh menaiki perkhidmatan monorel Sentosa Express atau bas ulang-alik RWS8.
Mereka juga boleh menaiki MRT ke Tiong Bahru dan menaiki bas 123 ke Sentosa. Perkhidmatan lain yang akan dihentikan ialah bas 926, yang membawa penumpang dari pusat pertukaran bas Woodlands ke Zoo Singapura.
Untuk ke zoo, penumpang boleh menaiki bas 138 dari stesen MRT Ang Mo Kio atau Springleaf, bas 927 dari stesen MRT Choa Chu Kang, atau menaiki Mandai Khatib Shuttle dari stesen MRT Khatib.
