Topik diikuti
Pergi ke BHkuKhidmat feri S'pura-Desaru yang diusul diminta tunggu dulu atas keprihatinan keselamatan: MPA
Khidmat feri S'pura-Desaru yang diusul diminta tunggu dulu atas keprihatinan keselamatan: MPA

Khidmat feri S'pura-Desaru yang diusul diminta tunggu dulu atas keprihatinan keselamatan: MPA
SEBUAH khidmat feri baru antara Singapura dengan Desaru di Johor ditahan operasinya terlebih dahulu hingga Penguasa Kelautan dan Pelabuhan Singapura (MPA) berpuas hati bahawa kunjungan penumpang dapat dibuat dengan selamat.
Ini memandangkan laluan yang diusulkan pengendali khidmat itu membabitkan perjalanan yang dekat dengan beting dan terumbu karang serta terdedah pada lautan yang terbuka.
MPA berkata pada Ahad (3 April) bahawa ia telah meminta operator feri yang dilantik itu, Batam Fast, untuk mengemukakan penilaian keselamatan pengemudian bagi perjalanan dua jam itu.
Batam Fast juga diminta menyediakan rancangan respons darurat dan testimonial bahawa feri yang ia ingin gunakan sesuai buat perjalanan itu.
"Laluan feri yang diusulkan melintasi kawasan yang berhampiran dengan beting dan terumbu karang serta terdedah pada lautan terbuka di samping beroperasi dekat dengan laluan laut utama yang digunakan banyak kapal besar. Akan terdapat risiko tambahan sewaktu musim tengkujuh," kata MPA.
Menurut MPA lagi, khidmat feri yang diusulkan ini masih baru.
"Kami akan memberi kebenaran yang perlu bagi khidmat feri yang diusulkan ini beroperasi apabila kami diberi jaminan khidmat feri tersebut boleh dikendalikan dengan selamat," katanya lagi.
Jika diberi kebenaran, khidmat itu akan beroperasi antara Terminal Feri Tanah Merah di Singapura dengan Terminal Feri Desaru Coast di Johor.
Batam Fast yang mengendalikan beberapa laluan di rantau ini yang menghubungkan antara Singapura dengan Indonesia memberi usulannya pada 23 Mac selepas Terminal Feri Desaru Coast dibuka sepenuhnya.
Menteri Pengangkutan Malaysia, Datuk Seri Wee Ka Siong, berkata akan terdapat khidmat antara Desaru dengan Batam dan Bintan tidak lama lagi.