KHIDMAT kereta api di laluan Downtown Line 3 (DTL3) terganggu semasa rumah terbuka pada Ahad (Okt 15).

Pengumuman mengenai masalah di landasan dibuat dibuat dalam kereta api, dan penumpang diminta turun di stesen Ubi.

Encik Chu Ern Teng, 43 tahun, seorang jurutera, menunggu kira-kira 20 minit di platform stesen Reservoir Bedok.

Beliau dan keluarganya menaiki kereta api di laluan itu tetapi turun kira-kira 10 minit kemudian setelah kereta menuju ke arah Fort Canning itu tidak bergerak.

"Kami teruja menghadiri rumah terbuka dan mahu ke pusat bandar untuk makan tengah hari. Tetapi sungguh mengecewakan ini berlaku dan menjejas kami," kata beliau.

Pembukaan rasmi Downtown Line 3 dijadualkan pada 21 Okt.

Dari 10 pagi hingga 6 petang Ahad, orang ramai sedang dilayan menaiki kereta api percuma dan boleh meneroka stesen-stesen baru di sepanjang laluan 21km, yang mempunyai 16 stesen dari Fort Canning ke Expo.

Ia melalui kawasan kejiranan seperti Geylang Bahru, Kaki Bukit dan Bedok Reservoir.