Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Khidmat LRT Sengkang-Punggol disambung selepas gangguan 4 jam

Jun 9, 2024 | 2:40 PM
Gangguan laluan LRT di Stesen LRT Punggol dan Sengkang berlaku dari 5.45 pagi hingga 10.12 pagi pada 9 Jun. 
Gangguan laluan LRT di Stesen LRT Punggol dan Sengkang berlaku dari 5.45 pagi hingga 10.12 pagi pada 9 Jun.  - Foto ST

Khidmat LRT Sengkang-Punggol disambung semula selepas gangguan selama 4 jam pada pagi 9 Jun.

Khidmat kereta api LRT Sengkang-Punggol telah disambung semula selepas kerosakan isyarat menyebabkan gangguan yang berlaku lebih empat jam pada 9 Jun. 

SBS Transit berkata dalam beberapa hantaran di laman sosial media X mereka bahawa gangguan laluan LRT di Stesen LRT Punggol dan Sengkang berlaku dari 5.45 pagi hingga 10.12 pagi.

“Kami minta maaf atas kesulitan yang disebabkan (akibat gangguan laluan LRT itu),” kata pengendali SBS Transit ketika memberi perkembangan terbaru keadaan pada 10.34 pagi. 

Ia menambah bahawa perkhidmatan bas biasa dan bas penyambung percuma, yang telah disediakan di perhentian bas berhampiran stesen yang terjejas dan di pusat pertukaran bas Sengkang, tidak lagi beroperasi pada 10.20 pagi. 

Tiada tambang akan dipotong jika penumpang telah keluar dari stesen LRT yang terjejas, kata pengendali kereta api itu. 

Maklumat lanjut juga boleh didapati di aplikasi SBS Transit di bahagian ‘Alternative Transport Option’ atau aplikasi Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) mytransport.sg di bahagian ‘Find My Way’.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg