Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Khidmat MRT Utara-Selatan tergendala akibat masalah kereta api

Jan 22, 2019 | 2:57 PM
GANGGUAN KHIDMAT KERETA API: SMRT berkata khidmat bas ulang-alik telah ditawarkan bagi membantu penumpang yang terjejas.
GANGGUAN KHIDMAT KERETA API: SMRT berkata khidmat bas ulang-alik telah ditawarkan bagi membantu penumpang yang terjejas. - Foto FACEBOOK/HENG WEY CHUAN

PENUMPANG yang menaiki MRT di Laluan Utara-Selatan (NSL) menghadapi kelewatan akibat sebuah kereta api yang rosak di stesen MRT Marsiling selama sekitar sejam pagi tadi (22 Januari).

Pengendali kereta api SMRT berkata sebuah kereta api yang menuju ke arah Jurong East mengalami masalah dekat stesen MRT Marsiling sekitar 7.50 pagi akibat masalah dengan alat isyaratnya.

Khidmat bas ulang-alik turut ditawarkan antara stesen MRT Woodlands dengan Yew Tee bagi membantu penumpang yang terjejas.

Menerusi laman Twitter mereka sekitar 9 pagi tadi, SMRT berkata khidmat kereta api antara dua stesen itu telah kembali beroperasi seperti biasa dan khidmat bas ulang-alik percuma pula dihentikan.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg