Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Khidmat pemeriksaan percuma di Punggol

Jan 11, 2021 | 5:30 AM
PEMERIKSAAN KESIHATAN: Pemeriksaan kesihatan percuma menggunakan teknologi terkini kini ditawarkan sekumpulan pelajar siswazah NTU di Kelab Masyarakat Punggol 21. - Foto BH oleh TIMOTHY DAVID
PEMERIKSAAN KESIHATAN: Pemeriksaan kesihatan percuma menggunakan teknologi terkini kini ditawarkan sekumpulan pelajar siswazah NTU di Kelab Masyarakat Punggol 21. - Foto BH oleh TIMOTHY DAVID -

ORANG ramai kini boleh mendapatkan khidmat pemeriksaan kesihatan percuma menggunakan teknologi terkini yang kini dirintiskan di Punggol.

Dinamakan Community Telehealth Service (CTS), usaha itu dilancarkan sembilan pelajar siswazah dari Sekolah Perubatan Lee Kong Chian dan Program Siswazah Antara Disiplin Universiti Teknologi Nanyang (NTU).

Mereka menyasarkan untuk menawarkan khidmat itu kepada 1,000 orang di Kelab Masyarakat Punggol 21 dari 9 Januari hingga 28 Februari.

Orang ramai yang berminat boleh daftar menerusi laman web https://blogs.ntu.edu.sg/communitytelehealthservice/.

Anggota Parlimen (AP) GRC Pasir-Ris Punggol, Cik Yeo Wan Ling, berkata CTS akan membantu memastikan golongan warga emas dapat menjaga kesihatan mereka dengan mudah menggunakan teknologi.

"Kami sentiasa mencari cara untuk mendekati warga emas kami mempertingkat tahap celik digital dan kesejahteraan mereka.

"Usaha kerjasama ini sejajar dengan matlamat Punggol Shore untuk melengkapi warga emas kami kemahiran digital dalam suasana norma baru ini," ujar Cik Yeo.

Menurut kenyataan bersama NTU dan Persatuan Rakyat (PA), CTS bertujuan menawarkan pemeriksaan kesihatan percuma di kelab masyarakat bagi warga Singapura berusia 50 tahun dan ke atas serta mereka yang terpaksa menangguh pemeriksaan kesihatan mereka akibat pandemik Covid-19.

Pemeriksaan kesihatan itu akan dijalankan dalam ruang teleperubatan yang telah dibina khusus serta memanfaatkan teknologi kesihatan terkini untuk menguji orang ramai bagi penyakit mata dan jantung, kencing manis serta masalah kegemukan.

Sistem pemeriksaan kesihatan menggunakan komputer itu disediakan syarikat pemula penjagaan kesihatan dari Korea Selatan, Medi-Whale.

Sistem itu menggunakan kamera automatik untuk merakam beberapa imej mata seseorang dan menggunakan sistem kecerdasan buatan (AI) untuk memproses imej tersebut untuk menentukan keadaan kesihatan individu itu.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg