Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Khidmat sepadu ibu dan anak diluas ke 12 lagi poliklinik

Mar 10, 2022 | 5:30 AM
PERTINGKAT KHIDMAT IBU DAN ANAK: Selain menyediakan lebih banyak pusat perkhidmatan ibu dan anak, pemerintah juga akan merintis program sokongan keluarga baru, Family Nexus, yang menyepadukan bukan sahaja perkhidmatan kesihatan, bahkan perkhidmatan sosial, di satu tempat. - Foto fail
PERTINGKAT KHIDMAT IBU DAN ANAK: Selain menyediakan lebih banyak pusat perkhidmatan ibu dan anak, pemerintah juga akan merintis program sokongan keluarga baru, Family Nexus, yang menyepadukan bukan sahaja perkhidmatan kesihatan, bahkan perkhidmatan sosial, di satu tempat. - Foto fail -

PROGRAM perintis yang menggabungkan perkhidmatan untuk ibu dan anak di Poliklinik Punggol dan Yishun akan diperluaskan kepada 12 lagi poliklinik dalam tiga tahun akan datang.

Oleh itu, lebih ramai keluarga boleh mengakses perkhidmatan bersepadu seperti vaksinasi, pemeriksaan pembangunan kanak-kanak, pemeriksaan kemurungan postnatal, serta perkhidmatan sokongan penyusuan di bawah satu bumbung.

Sejak program perkhidmatan bersepadu itu diperkenalkan di Punggol pada 2019 dan di Yishun pada 2020, lebih 10,000 kanak-kanak dan ibu telah meraih manfaat, kata Menteri Kedua Kesihatan, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, semalam.

"Kami akur cabaran yang dihadapi ramai ibu bapa - mereka selalunya kesuntukan masa, dan perlu mengimbangi pelbagai peranan dalam keluarga dan di tempat kerja.

"Ini satu bidang di mana kami boleh menyepadukan perkhidmatan dengan lebih baik agar kededua ibu bapa dan anak boleh menerima sokongan pada masa yang sama, tanpa perlu membuat banyak kunjungan," ujar Encik Masagos di Parlimen.

Selain itu, pemerintah akan merintis program sokongan keluarga baru, Family Nexus, yang menyepadukan bukan sahaja perkhidmatan kesihatan, bahkan perkhidmatan sosial, di satu tempat.

Ini akan disediakan di Tampines, Punggol, Sembawang dan Choa Chu Kang.

Di bawah program itu, keluarga boleh mengakses perkhidmatan kesihatan dan sosial di tempat seperti poliklinik, klinik perubatan umum, atau sebuah agensi khidmat sosial.

Contohnya, keluarga boleh menghadiri kumpulan sokongan ibu bapa, dan mengambil vaksinasi atau pemeriksaan pembangunan untuk anak mereka di tempat yang sama.

Bagi menyokong kanak-kanak yang mempunyai keperluan lebih kompleks, Poliklinik National Healthcare Group telah memperkenalkan program EMBRACE PLUS yang mengenal pasti kanak-kanak di bawah usia tiga tahun daripada keluarga berpendapatan rendah yang tinggal di flat sewa, untuk mengatasi risiko kesihatan.

Pelbagai inisiatif antara agensi itu merupakan sebahagian daripada tumpuan Pasukan Bertindak antara Agensi, yang ditubuhkan tahun lalu, untuk membangun Strategi Kesihatan dan Kesejahteraan Anak dan Ibu bagi tempoh lima tahun.

Sepanjang tahun lalu, pasukan itu telah menyemak dapatan kajian berdasarkan bukti, serta penyampaian khidmat kepada kanak-kanak dan keluarga mereka.

Fasa pertama semakan itu telah selesai, dan perbincangan lanjut melibatkan pelbagai agensi akan diteruskan untuk tahun mendatang, kata Encik Masagos.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg