Syarikat 'start-up' dari Indonesia Gojek akan memperluas khidmat mendapatkan kereta sewa privet ke seluruh Singapura bermula Rabu (2 Januari).
Apabila Gojek melancarkan versi awal (beta) bagi aplikasi (app) November lalu, hanya pengguna yang ingin pergi ke Timur, Selatan dan beberapa kawasan di pusat bandar boleh menggunakannya.
Pada Selasa, jurucakap Gojek berkata kejayaan pelancaran versi awal itu mendorongnya untuk memperluas khidmat.
Tambah beliau, peluasan itu sebahagian fasa percubaan. Dalam fasa ini, bakal pengguna akan disenaraikan dalam senarai menunggu. Pelanggan DBS dan POSB Bank akan terus diutamakan dalam senarai ini, kata jurucakap itu.
Pengguna yang memuat turun app 'beta' Gojek boleh menyeru pengangkutan dari sebarang kawasan di Singapura bermula Rabu.


Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg