Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Khidmat solat jenazah sambung semula di 24 masjid: Muis

Sep 12, 2020 | 9:06 PM
SAMBUNG SEMULA KHIDMAT SOLAT JENAZAH: Masjid Al-Muttaqin di Ang Mo Kio adalah antara 24 masjid yang akan menyambung semula khidmat solat jenazah pada 14 September (Isnin). - Foto FAIL
SAMBUNG SEMULA KHIDMAT SOLAT JENAZAH: Masjid Al-Muttaqin di Ang Mo Kio adalah antara 24 masjid yang akan menyambung semula khidmat solat jenazah pada 14 September (Isnin). - Foto FAIL -

MULAI Isnin (14 September), khidmat solat jenazah akan disambung semula di 24 masjid selain Masjid Pusara Aman dan Masjid Maarof.

Menjelaskan demikian di laman Facebook pada Sabtu (12 September), Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) menyatakan solat jenazah akan diteruskan dengan Langkah Pengurusan Keselamatan diamalkan sejajar dengan ketetapan Kementerian Kebudayaan, Masyarakat dan Belia (MCCY).

Ketetapan itu adalah berkenaan langkah menyambung semula kegiatan keagamaan pada Fasa 2. Muis menambah kesemua urusan perlu dibuat menerusi janji temu dengan pihak masjid sahaja dan ia bergantung pada adanya ruang di situ.

Lungsuri pautan berikut bagi keterangan lanjut: https://bit.ly/3bUW3HE

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg