Khuatir pampasan ElderShield layak diterima ibu hanya lagi 3 tahun
Premium
Khuatir pampasan ElderShield layak diterima ibu hanya lagi 3 tahun
Jul 11, 2018 | 5:30 AM
KORBAN UNTUK IBU: Encik Muzhafar (kanan) yang mendukung anaknya Muhd Umar, sering menghabiskan masa melayani ibunya, Cik Zainab (kiri) yang menghidap demensia dan telah menerima bayaran ElderShield sejak sekitar dua tahun lalu. - Foto ihsan MUZHAFAR MAROF -
SEMASA mudanya, Cik Zainab Ismail, sering ulang-alik ke pasar dan ke masjid sendirian tanpa perlu ditemani sesiapa.
Namun sejak dikesan menghidapi demensia, bukan sahaja ibu tiga anak itu tidak lagi mampu berbuat demikian sendirian, malah beliau tidak mampu mandi atau gunakan tandas sendiri dan biasanya perlu dipantau semasa makan.

