Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

KidSTART lancar pementasan galak kanak-kanak tingkat bahasa, membaca

Jun 9, 2023 | 3:09 PM
SOKONGAN PADU: Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri & Pembangunan Sosial dan Keluarga) Cik Sun Xueling (tiga dari kanan) bersama lebih 300 keluarga dan kanak-kanak semasa hari pelancaran pementasan ‘Adventures with Andi’.
SOKONGAN PADU: Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri & Pembangunan Sosial dan Keluarga) Cik Sun Xueling (tiga dari kanan) bersama lebih 300 keluarga dan kanak-kanak semasa hari pelancaran pementasan ‘Adventures with Andi’. - Foto KIDSTART

Seramai 300 ibu bapa dan kanak-kanak hadir menyaksikan pelancaran pementasan Adventures with Andi pada Jumaat, yang berlangsung dari 9 hingga 11 Jun di Sekolah Seni Singapura (Sota).

Penerbitan itu berdasarkan siri buku berjudul ‘What Ants Do’ yang ditulis oleh Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Sosial dan Keluarga), Cik Sun Xueling, dan telah diadaptasi ke dalam drama teater oleh pakar awal kanak-kanak, Cik Puspavalli Namasivayam.

Sesuai bagi kanak-kanak berumur tiga hingga 12 tahun, ia mengisahkan perjalanan penemuan Andi ketika dia menangani cabaran yang mengancam keluarga dan rakannya untuk mencari erti sebenar rumah tangga dan persahabatan.

Turut melancarkan penerbitan teater itu bersama Cik Sun Xueling adalah Ketua Pegawai Eksekutif KidSTART Singapura, Cik Rahayu Buang; pakar awal kanak-kanak, Cik Puspavalli Namasivayam; ilustrator buku Encik Josef Lee; Pengarah Artistik Bersama, Cik Melissa Sim; dan keluarga-keluarga KidSTART.

Dihasilkan oleh KidSTART Singapura, dengan sokongan SP Group, penerbitan itu merupakan sebahagian daripada inisiatif KidSTART Stories yang memperkenalkan penceritaan kepada kanak-kanak dan keluarga menerusi pengalaman teater yang menyeronokkan.

Ia juga bertujuan memupuk minat membaca di kalangan kanak-kanak, di samping menggalak mereka untuk bertanya, berimaginasi dan meningkatkan kebolehan berbahasa.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg