Premium
Kim Jong Un kagum dengan perkembangan ekonomi S'pura
Jun 13, 2018 | 5:30 AM

-
SEOUL: Pemimpin Korea Utara, Encik Kim Jong Un, melahirkan kekagumannya akan perkembangan ekonomi Singapura dan berharap dapat belajar daripadanya semasa lawatan malam ke beberapa tempat di negara itu, menurut media negara Pyongyang semalam.
Encik Kim berkata, Singapura "bersih dan cantik", sambil melihat pemandangan dari dek pemerhatian hotel Marina Bay Sands kelmarin, dan menambah bahawa beliau telah belajar banyak tentang potensi ekonomi republik itu dan cara ia telah dibangunkan, lapor agensi berita rasmi KCNA.

