Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Kira-kira 5,200 isi rumah flat sewa hadapi tunggakan

May 4, 2020 | 8:28 PM
MEMBANTU GOLONGAN MEMERLUKAN: HDB berkata sekitar 10 peratus isi rumah yang menduduki flat sewa public mengalami tunggakan sewa. Dari segi nilai tunggakan, kira-kira 75 peratus daripada mereka belum melunaskan sewa berjumlah kurang $3,000.
MEMBANTU GOLONGAN MEMERLUKAN: HDB berkata sekitar 10 peratus isi rumah yang menduduki flat sewa public mengalami tunggakan sewa. Dari segi nilai tunggakan, kira-kira 75 peratus daripada mereka belum melunaskan sewa berjumlah kurang $3,000. - - Foto: FAIL

KIRA-KIRA 5,200 atau sekitar 10 peratus isi rumah yang menduduki flat sewa public mengalami tunggakan sewa.

Dari segi nilai tunggakan, kira-kira 75 peratus daripada mereka belum melunaskan sewa berjumlah kurang $3,000.

Dari segi tempoh penyewaan, separuh daripada mereka menanggung hutang kurang dari setahun.

Demikian menurut jawapan yang diberikan Kementerian Pembangunan Negara, bagi soalan yang diajukan Anggota Parlimen Dilantik (NMP), Cik Anthea Ong, bagi sidang parlimen hari ini.

"HDB mengambil pendekatan menyeluruh dan bersikap ihsan apabila membantu penyewa yang mengalami tunggakan, dan cuba memahami keadaan individu. HDB punya beberapa langkah bantuan yang disediakan bagi membantu isi rumah flat sewa yang hadapi tunggakan.

"Bagi isi rumah yang keadaan kewangan mereka telah berubah, contohnya pendapatan isi rumah telah merosot, HDB akan membantu mengurangkan sewa bulanan mereka apabila rayuan dikemukakan," kata HDB.

Tambahnya, penyewa yang memerlukan lebih masa untuk menyelesaikan tunggakan mereka dibenarkan untuk melakukannya secara ansuran.

HDB juga berkata, ia bekerja rapat dengan Pejabat Khidmat Masyarakat (SSO) di bawah Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF) dan akan merujuk isi rumah yang mungkin memerlukan bantuan ke SSO.

Bagi isi rumah yang memilih untuk tinggal di rumah sewa lebih kecil bagi mengurangkan beban sewa, HDB akan bantu pemindahan mereka.

HDB membantu 159 isi rumah berpindah dari flat dua bilik ke flat satu bilik.

Sebahagian besar punya empat orang atau lebih kecil dalam satu isi rumah.

Pembatalan sewa flat hanya dilakukan sebagai langkah terakhir dan tidak hanya disebabkan tunggakan sewa flat.

Dalam tempoh tiga tahun lalu, hanya satu sahaja kes pembatalan sewa, kata HDB.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg