Topik diikuti
Pergi ke BHkuKiriman media sosial langgar aturan: Raeesah diberi 'amaran tegas' polis
Sep 18, 2020 | 5:30 AM
Kiriman media sosial langgar aturan: Raeesah diberi 'amaran tegas' polis
ANGGOTA parlimen (AP) Parti Pekerja (WP) Raeesah Khan telah diberikan 'amaran tegas' dari pihak polis atas kiriman yang telah dimuat naik ke akaun media sosialnya yang didakwa menggalakkan permusuhan di kalangan masyarakat berbeza dan juga menghina mahkamah.
Dalam satu kenyataan semalam, pihak polis berkata siasatan telah dilakukan dengan rundingan dari Pejabat Peguam Negara menyusuli laporan polis yang dibuat berkaitan Cik Raeesah pada 4 Julai dan 5 Julai lalu semasa kempen pilihan raya.