Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Kisah Haji Yusoff Tali Pinggang diabadi

Sep 19, 2023 | 8:35 PM
PAMERAN ARTIFAK: Antara artifak yang dipamerkan di Muzium Memorial Haji Yusoff ialah pinggan asahan yang digunakan di Gedung Kuning dan berusia kira-kira 100 tahun.
PAMERAN ARTIFAK: Antara artifak yang dipamerkan di Muzium Memorial Haji Yusoff ialah pinggan asahan yang digunakan di Gedung Kuning dan berusia kira-kira 100 tahun. - Foto FACEBOOK PROFESOR MADYA MUHAMMAD FAISHAL IBRAHIM

Harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama.

Nama Haji Yusof Tali Pinggang memang tidak asing lagi dalam masyarakat Melayu dan kini sumbangan dan hasil tangan beliau diabadikan dalam sebuah muzium di North Bridge Road.

Karya tokoh itu – yang nama sebenarnya Haji Yusoff Haji Mohamed Noor – kini boleh ditinjau baik oleh masyarakat tempatan mahupun pelancong di Muzium Memorial Haji Yusoff di 717 North Bridge Road.

Ia ditubuhkan oleh cicit Allahyarham yang juga kurator muzium itu, Cik Hidayah Amin.

“Saya mendapat idea menubuhkan muzium ini apabila saya melawat Kelab Ee Hoe Hean lebih 15 tahun yang lalu, yang mempamerkan semangat keusahawanan dan kemasyarakatan ahli perniagaan Cina.

“Dari situ, saya mendapat inspirasi membina muzium bagi mengabadikan dan memperingati Allahyarham Haji Yusoff,” kata beliau semasa dihubungi Berita Harian.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg